Saturday, November 24, 2012

Breaking Dawn Part 2


Filem : The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2
Genre : Seram/ Aksi/ Romantik
Durasi : 1 Jam 55 minit

Hari ini tempat hampir penuh, tiket yang dibeli tadi hanya dapat tempat duduk di tengah. Tidak mengapa kerana cerita ini lebih menjurus kepada cerita kekeluargaan yang bersatu menghadapi ancaman dari tentangan musuh dari kalangan puntianak (vampire) itu sendiri. Pada permulaan filem pengarah meringkaskan kisah percintaan romantik antara Bella lakonan Kristen Stewart dan Edward Cullen lakonan Robert Pattinson yang memaparkan sedikit aksi romance dan intim. 

Hasil perkahwinan mereka telah lahir anak yang setengah manusia dan vampire iaitu Renesmee. Bella baru saja meneroka kuasa hebat beliau  sebagai vampire. Irina pula telah tersilap lapor kepada Vultori bahawa anak itu "immortal" kerana sejarah telah membuktikan anak "immortal" mengancam vampire yang lain. Vultori telah berpakat dengan adik beradiknya untuk menghapus semua keluarga Edward Cullen. 


Pada masa yang sama Edward dan Bella telah menjelajah ke serata pelusuk dunia mencari sahabat dan rakan karib untuk dijadikan sebagai saksi yang anak itu tidak memberi sebarang ancaman kepada semua vampire dan anak itu lahir atas hubungan intim dua insan dan bukan digigit oleh vampire yang menyebabkan manusia manjadi vampire.

Filem ini agak menarik juga jalan ceritanya tapi sedikit bosan kerana banyak adegan bercakap berbanding aksi. Maklumlah saya peminat filem aksi. 

Bagi anda penonton yang membawa bersama kanak - kanak dinasihatkan supaya hati-hati kerana ada adegan dan babak yang tidak sesuai ditonton pada awal tayangan filem walaupun filem ini dikategorikan P13.

Friday, November 16, 2012

Hari ini ada seseorang yang istimewa datang ke rumah saya. Hanya berumur 10 tahun  beliau banyak mengajar saya tentang kehidupan. Setiap apa yang dilakukan telah banyak mengajar erti kehidupan. Banyak lagi yang perlu dirancang dan perlu dibuat untuk masa depan kami semua. 

Tak lupa rezeki itu dari yang Maha Esa. 

Ya Allah Ya tuhanku... mudahkanlah segala yang sukar bagi aku sesungguhnya Engkaulah tempat aku meminta pertolongan dan perlindungan. Amin.....

Monday, November 12, 2012


Cara-cara nak cover malu :


1. Kalo tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan 

terus berguling-2 hingga jauh dari perhatian ramai, lepas tu baru bangun bila takda orang nampak.

2. Kalo terjatuh beskal : cepat-2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-2 supaya orang ingat anda saje-2 buat lawak.


3. Kalo terjatuh tangga : terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.


4. Kalo terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yang ada sambil marah-2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas : jeritlah kuat-2 "oi! apa tolak-2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.


6. Kalo terjatuh di depan bus stop : terus buat-2 pengsan sehingga ada orang membantu anda. kalo takde, baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu, haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula.


7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin : tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-2 supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu.. ye tak?





Ini cuma untuk gurauan sahaja.. he he he


Sunday, November 4, 2012

James Bond 007

SKYFALL


Filem : James Bond - Skyfall
Durasi : 140 min
Genre  : Aksi


Kali ini anda akan disajikan dengan aksi kejar kereta yang mendebarkan di Istanbul melalui pasar, atas bumbung bangunan, atas  bumbung keretapi dalam usaha mendapatkan semula cakera keras (hard disk) yang mengandungi maklumat identiti ejen Nato diseluruh dunia... sehinggalah James Bond(Daniel Craig)ditembak oleh rakan kerja Eve Monneypenny(Naomie Harris) serta diisytiharkan mati oleh M (Judi Dench). Kemudian itu anda dibawa kembali ke London Ibupejabat MI6 dan juga ke Macau.

Kali ini juga anda akan dapati Aston Martin DB5 iaitu kereta klasik James Bonds muncul semula. Ketika Aston Martin  ditonjolkan lagu tema filem Bond juga mengiringi kemunculan kereta tersebut... HEBAT!!

Kali ini M menjadi bahan cerita dimana sifat M yang cuba menyelamatkan ejen dipertikaikan oleh Bond sendiri. Malah M disalahkan kerana ramai ejen terbunuh dalam menjalankan tugas dan beliau diarahkan hadir untuk beri penjelasan dihadapan Menteri Britain yang berkaitan dengan urusan keselamatan negara. Dalam sesi penjelasan itu juga akan ada aksi tembak menembak. Ejen kerajaan dan polis membalas tembakan terhadap penjenayah... keadaan agak kelam kabut hinggalah James Bond tiba..
                        >>>Jom tonton wayang 007 Skyfall<<<


Friday, November 2, 2012

Apa itu HTML?

Sudah agak lama saya berminat dengan internet dan website. Saya sering tertanya-tanya bagaimana website dibina. Kalau search Youtube atau Google memang ada. Kemudian Saudara Smart ZUL  cadangkan website ini. Langkah demi langkah anda boleh belajar HTML dan CSS . ok jugak nie...:-)





Dibawah ini sebahagian  dari website itu...




What is HTML?


HTML is a language for describing web pages.
  • HTML stands for Hyper Text Markup Language
  • HTML is a markup language
  • A markup language is a set of markup tags
  • The tags describes document content
  • HTML documents contain HTML tags and plain text
  • HTML documents are also called web pages

HTML Tags

HTML markup tags are usually called HTML tags
  • HTML tags are keywords (tag names) surrounded by angle brackets like <html>
  • HTML tags normally come in pairs like <b> and </b>
  • The first tag in a pair is the start tag, the second tag is the end tag
  • The end tag is written like the start tag, with a forward slash before the tag name
  • Start and end tags are also called opening tags and closing tags

<tagname>content</tagname>



HTML Elements

"HTML tags" and "HTML elements" are often used to describe the same thing.
But strictly speaking, an HTML element is everything between the start tag and the end tag, including the tags:
HTML Element:

<p>This is a paragraph.</p>



Web Browsers

The purpose of a web browser (such as Google Chrome, Internet Explorer, Firefox, Safari) is to read HTML documents and display them as web pages. The browser does not display the HTML tags, but uses the tags to interpret the content of the page:

Browser

HTML Page Structure



Below is a visualization of an HTML page structure:


<html>

               <body>

                      <h1>This a Heading</h1>

                      <p>This is a paragraph.</p>

                      <p>This is another paragraph.</p>

               </body>

</html>



HTML Versions



Since the early days of the web, there have been many versions of HTML:




Version              Year

HTML                1991

HTML+              1993

HTML 2.0          1995

HTML 3.2          1997

HTML 4.01        1999

XHTML 1.0       2000

HTML5             2012

XHTML5          2013







The <!DOCTYPE> Declaration

The <!DOCTYPE> declaration helps the browser to display a web page correctly.
There are many different documents on the web, and a browser can only display an HTML page 100% correctly if it knows the HTML type and version used.

For a complete list of document type declarations, go to our DOCTYPE Reference.


ANDA BOLEH KLIK   http://www.w3schools.com/default.asp 

Majalah IK isu no. 1



MAJALAH ik ISU PERTAMA



Ketika cari idea dalam dunia internet untuk bahan tugasan terjumpa pula dengan majalah yang pertama Irfan Khairi. Majalah ini dihadiahkan oleh Irfan Khairi di seminar AEU bertempat di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, P.Pinang pada bulan MAC 2012. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia internet. 

Sekarang ini pun sedang berguru dengan beliau. Banyak informasi dan tunjuk ajar oleh beliau telah membuka minda saya untuk berniaga.

Dalam majalah ini banyak info mengenai dunia internet, ikon-ikon yang berjaya juga tip-tip perniagaan dan motivasi diri.

Panduan Khas Bakal Pengantin: Jawapan untuk Soalan Temuduga Perkahwinan

Panduan Khas Bakal Pengantin: Jawapan untuk Soalan Temuduga Perkahwinan: 1) ISTIGHFAR 2) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH Makna: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan A...

Panduan Khas Bakal Pengantin: Tips Memilih Door Gift

Panduan Khas Bakal Pengantin: Tips Memilih Door Gift: Cenderahati Perkahwinan atau "door gift" sudah menjadi trend masa kini. Jika dahulu tetamu cuma diberi bunga telur yang diletakkan dalam b...

Sunday, October 28, 2012

Tai Chi Hero


Tai Chi Hero


Filem : Tai ChiHero
Genre : Aksi/ Mandarin
Durasi : 1 Jam 40 min

Filem ini mengisahkan trilogy seorang budak yang belajar tai chi dalam filem sebelum ini. Walaubagaimanapun cerita ini berkisar sekitar Dinasti  Qing. Pada era ini pendudukan orang barat di China bertembung dengan budaya tradisional orang2 Cina yang mengamalkan kung fu. Terdapat seorang kulit putih yang cuba mengaut keuntungan dalam projek landasan keretapi.Dimana landasan ini akan melalui sebuah kampung tradisional yang terdiri dari penduduk asal sejak beberapa ratus tahun dahulu. 

Jika anda pernah tonton Wild Wild West yang menonjolkan ciptaan moden dalam bentuk gajet dan robot kuasa wap(stim) anda pasti dapati kesamaan sedikit sebanyak dalam filem ini. 

Musik latar dalam filem ini  lebih moden tidak seperti filem-filem aksi lawan kungfu yang lain. Tiada kedengaran alat musik tradisional cina. 

Gaya aksi lawan memang berbeza sekali .. ala tai chi... kadang-kadang terdapat scene yang lucu. Bagus tak stress bila tonton filem ini.

Dalam filem ini juga anda akan tahu asal usul perkataan TAI CHI. Hmmm... cuma sekadar cerita dan mungkin bukan berdasarkan sejarah sebenar.

Teladan yang saya dapati adalah hubungan kekeluargaan memain peranan penting dalam melakukan sesuatu dan saling menghormati sesama yang lain.
Dalam apa jua keadaan kita harus ada pendirian walaupun bertentangan dengan pendapat orang lain asalkan pendirian kita itu memberi manfaat pada orang lain dan diri sendiri.

Jom tonton... ia lucu dan menarik.



Saturday, October 27, 2012

Kuning Telur Punca Sakit Jantung



Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri.

Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa dietkaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.
Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu.

Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.


Tetapi peningkatan secara eksponen juga terjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. 

Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.
Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi.

Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.


sumber: http://www.informasikini.com

Friday, October 26, 2012

Together

Just to think that one can do amazing stuff if we all come together.
Put a side all negative thoughts and focus on one thing.
Success come only when the goal is achieve. I like the idea doing things together. This is call "ukhuwah" but not many people understand this even though they have been thought by their parents since childhood. Some people think they are better because they belong to certain group or community. in fact people different from them are consider as less important or rather not good(bad). I believe if one can make the "different one" come together and join the group would be the right kind of attitude. Size does not matter e.g. the smallest act may become a huge result.  Click on the video you will know what I mean.





Tuesday, October 23, 2012

Latihan Menembak

Ahad 21/10/2012 lepas saya dan beberapa orang rakan sekerja telah dijemput untuk jalani latihan menembak di Padang Sasar Polis. Teruja dengan jemputan itu kerana ini adalah kali pertama saya berbuat demikian. Setelah berjanji sesama kami untuk berjumpa di sebuah restoran nasi kandar pada pagi hari tersebut, kami menuju ke Padang Sasar untuk taklimat ringkas dan tunjuk ajar pihak penganjur. 

Hanya mengenakan T-shirt , berseluar camel dan kasut weinbrenner saya berjaya menembak sasaran dengan  5 butir peluru sebagai permulaan. 3 dalam kawasan hitam, 1 hampir, 1 kawasan putih. Amat membanggakan sebab inilah pertama kali menembak dengan peluru hidup.






Pistol yang digunakan adalah model Glock C17 buatan Austria warna hitam dengan butir peluru 9mm short atau 9mm shortshell. Tidak terlalu berat dan mudah digunakan. Safety pin terletak pada trigger pistol itu sendiri tidak seperti lain-lain pistol. Bidikan juga senang dilakukan dengan titik tenangan selari muncung pistol. Pergerakkan pergelangan tangan boleh mempengaruhi titik sasaran tersasar dari papan target. Misalnya 1mm 
muncung pistol tersasar mungkin menyebabkan 1 atau 2 kaki yang tersasar dari target kita. Kunci tembakkan yang baik  juga terletak pada pernafasan penembak. Kawalan pernafasan yang betul dapat mengelak pergerakkan tangan yang tidak stabil. Teknik menarik picu juga perlu diperbetulkan jika ingin mencapai hasil yang cemerlang.


Bergambar dengan hasil tembakkan
Timbul pula perasaan ingin menceburi bidang ini dengan lebih serius tetapi biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

Friday, October 12, 2012

Mr Bean Main Drum

Rowan Atkinson is better known as Mr Bean plays an invisible drum. You all should watch this. I've seen it many times but still like it.


Well... he plays very good too. The timing is so great.. its look and sound real enough to me. Rowan Atkinson is funny but very smart actually.I like the way he did the comedy with less talk more action. When he get a hang of it the drum beats get better and better. Great Job Mr Bean.!!

Wednesday, October 10, 2012


 Iklan Milo ni mengimbau zaman sekolah dulu. Bila ada latihan sukan atau Hari Sukan... Milo menjadi pilihan utama.

Hotel Transylvania

Filem   : Hotel Transylvania (Animasi)
Durasi : 1jam 30 min
Genre  : Animasi / Aksi


Sekali lagi teknik 3D yang dipaparkan menarik sekali dengan kesan in-depth yang membezakan "background" scene-scene tertentu. Anda pasti kenal dengan watak-watak yang ditampilkan tetapi diubahsuai sedikit supaya sesuai dengan jalan cerita animasi ini.Filem ini amat sesuai untuk kanak-kanak menonton bersama-sama keluarga kerana banyak teladan dalam filem ini berkait rapat dengan kehidupan harian anda. Boleh dijadikan sebagai tunjuk ajar kepada anak-anak.
Dalam filem ini manusia adalah monster dan Monster adalah manusia. Macamana ye??? 

Ia berkisar mengenai seorang ayah (Drac)yang "over protected" anak gadis kesayangannya Mavis. Kasih sayang yang tiada batas dan sanggup melakukan apa saja demi menjaga dan melindungi anak, Drac telah membina sebuah agam bertujuan memisahkan Mavis dengan dunia luar iaitu dunia manusia. Drac beranggapan manusia telah menyebabkan ibu Mavis terbunuh. Drac juga berjaya mempengaruhi semua watak monster bahawa manusia adalah spesis yang akan memburu dan menghapuskan mereka.

Tetapi dengan kehadiran Johnny semuanya telah berubah.Hubungan monster dengan manusia menjadi lebih baik dan agak menarik.             Banyak adegan lucu yang memang lawak habis...anda pasti ketawa terbahak-bahak... juga jalan cerita yang menyentuh perasaan dan hati penonton apabila.... anda kena tonton la.!!

Suara karektor seperti Adam sandler dan Selena Gomez sesuai dengan watak masing-masing. 

Jangan Lupa Tonton Hotel Transylvania ini. Bley.bley.bley.bley...;-))

Sunday, September 30, 2012

Be different and get creative




Be different and people will notice you. In business... get creative to attract customers.

Is this different or creative??

Saturday, September 29, 2012

Dredd


DREDD......(Judge Dredd)




Filem : DREDD
Durasi: 1 jam 37 minit
Genre : Sains Fiksyen / Aksi

Filem ini mengingatkan cerita sebelum ini Judge Dredd  pada tahun 1995 yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone, Rob Schneider dan Diane Lane. Dalam filem ini yang paling penonton ingat mungkin pada motosikal yang digunakan. Kali ini deruman kenderaan  2 roda ini memang memuaskan, rasa teruja bila pecutan motosikal Dredd meluru laju. Rasanya trademark Dredd ada pada motosikal dan pistolnya.



Karl Urban dalam filem
The Chronicles of Riddick

Karl Urban dan Olivia Thirlby melakonkan watak utama Judge Dredd dan Judge Anderson. Adegan aksi bermula sebaik sahaja 3 ke 5 minit filem ditayangkan. Adegan "car chase" dengan tembak menembak antara penjenayah dan Judge Dredd. Anda pasti terpaku menonton aksi mereka mungkin ada yang terlupa nak makan "pop corn"...:-)


"shooting scene" dengan gerak "slow-mo" menampakkan kesan tembakkan yang terperinci sekali pada mangsa.  Peluru dimuntahkan dan kena pada penjenayah sehingga kulit dan isi terburai, darah terpercik merata-rata, bunyi letupan dan ledakan senjata sungguh mengasyikkan penonton.  Agak ganas juga sebab tembak menembak berlaku dalam jarak dekat. Walaubagaimanapun filem diklasifikasikan sebagai 18 tahun keatas oleh LPF.



Olivia Thirlby as Judge Anderson
Banyak adegan yang tak dapat anda jangka apa yang akan berlaku selepas adegan itu. Memang suspen habis. Yang pasti tak kedengaran seorang penonton pun yang bersuara atau berbual ketika filem ini ditayangkan.

Oh ya..rupa paras Judge Dredd dari mula hingga tamat filem tak ditunjukkan langsung. Beliau sentiasa dengan helmet.


Monday, September 24, 2012

Resident Evil Retribution



Bagi peminat-peminat Resident Evil pasti tak sabar-sabar menunggu filem in ditayangkan. Pengalaman menonton dalam 3D filem Resident Evil yang pertama membuatkan anda ingin menonton filem seterus dalam 3D juga. 

Filem ini adalah sambungan dari Resident Evil sebelumnya. Anda pasti terkejut pada babak 10 minit yang pertama. Kesan 3D sangat memuaskan. Jalan cerita agak menarik juga tapi penonton perlu fokus untuk ketahui jalan cerita yang sebenar. Adegan aksi memang memukaukan penonton apatah lagi dalam 3D. Jom tonton wayang.!

Saturday, September 22, 2012




Kamera Paling Mahal Di Dunia





Leica 35mm jenis O series dikeluarkan pada tahun 1923 sebagai testing kamera berfilem. Hanya 25 buah yang dikeluarkan dan 12 yang masih boleh didapati hingga hari ini. Lelongan ini dibuat di WestLicht Photographica di Vienna





Kamera paling mahal didunia dengan harga mencecah EUR2.16 million. Lihat saja lelongan yang dibuat pada video di atas

sumber dari Gizmodo
Kita harus memikir masa depan diri, lihat dimana kita selepas 5 atau 10 tahun akan datang. Perkara yang lepas dijadikan teladan dan gunakan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin. Samada gagal atau pun berjaya sekali pun perkara yang telah terjadi tidak lagi releven. Fikirkan cabaran yang sedang menanti atau yang sedang dilalui. Hari ini mestilah lebih baik dari hari sebelumnya. Walaupun kita hanya belajar sikit tapi itu juga adalah kemajuan untuk diri kita. Kurangkan berfikir perkara yang lepas.

Teringat pula kisah seorang lelaki ahli syurga. Seorang sahabat yang bermalam dirumah seorang sahabat  yang dikatakan oleh Nabi Muhammad sebagai ahli syurga. Sahabat yang bermalam itu sengaja mengatakan bahawa dia bergaduh dengan keluarganya semata-mata ingin  tahu apa yang istimewanya lelaki ini. Setelah dia mengaku pada lelaki itu lalu dia ingin berjumpa Nabi Muhammad untuk bertanya samada benar itu lah lelaki yang dimaksudkan. Menurut Nabi Muhammad lelaki itu lah ahli syurga yang dimaksudkan. Umum mengetahui bahawa percakapan Nabi Muhammad adalah wahyu dari Allah.

Lelaki itu berkata pada sahabat yang hairan dan ingintahu ini bahawa amalan yang dilakukan... biasa saja. Solat lima waktu, bangun waktu malam. Tetapi sifat lelaki ini yang suka memaafkan seseorang, tidak hasad dengki, tidak berdendam itu yang menjadi kunci beliau ke syurga. Bukan senang nak memaafkan seseorang. Kecuali kita sabar dan fikirkan masa depan kita... yakni dimana kita selepas mati. Cukupkah amalan kita!

Saturday, September 15, 2012



Tak payah guna tangga dah lepas ni. tapi tak boleh pakai kain jer la.
Teringat waktu kanak-kanak dulu main gelongsor di taman permainan.

Sepintas Lalu Untuk Kebaikan: MAKSUD LIRIK LAGU GANGNAM STYLE OLEH PSY

Sepintas Lalu Untuk Kebaikan: MAKSUD LIRIK LAGU GANGNAM STYLE OLEH PSY


Bakal usahawan internet yang dihormati,


Adakah anda telah merancang untuk menjual produk - produk hebat anda di internet tetapi terhalang akibat mempunyai pelbagai kesukaran dan persoalan.


Kini, usah lagi anda berasa risau... hal ini adalah kerana pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang penyelesaian pantas terhadap masalah yang sedang anda hadapi ini...


Jika kita perhatikan pada 'trend' hari ini, ramai pihak telah mengakui bahawa internet adalah merupakan salah satu bentuk medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Rata - rata daripada mereka ini adalah terdiri daripada golongan - golangan peniaga kecil - kecilan sehinggalah kepada perniagaan yang bertahap korporat.

Dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal bermula daripada institusi perbankan, perhubungan, pekerjaan dan seterusnya jual beli.


Tahukah anda dengan nama Ebay? Tahukah anda Lelong.com.my? Pernahkah anda melihat laman web Mudah.my? Lihat sahaja berapa banyak produk yang dipasarkan pada web - web tersebut. JUTAAN Ringgit telah dibelanjakan menerusi laman web ini dan hal ini membuktikan bahawa aktiviti jual beli di internet telah menjadi semakin popular dikalangan pengguna - pengguna internet di Malaysia dan juga di seluruh dunia!

Untuk keterangan lanjut Klik sini 

Friday, September 14, 2012

Sekadar untuk renungan...

Apa itu DUIT? Semua orang sibuk mencari duit. Memang duit itu perlu tapi apa makna duit sebenarnya..  


D - Doa

U - Usaha

I - Istiqamah

T - Tawakkal

Sunday, September 9, 2012

Cuba tengok ubi ni serupa bentuk hati...(love).
Kata pepatah melayu "diam-diam ubi berisi"
Pilih punya pilih... saya jumpa ubi ni dalam bakul ubi di pasaraya.
Terus beli, bawa balik , basuh dan ambil foto. 

Kamera yang digunakan ialah kamera kompak Olympus .