Saturday, September 29, 2012

Dredd


DREDD......(Judge Dredd)




Filem : DREDD
Durasi: 1 jam 37 minit
Genre : Sains Fiksyen / Aksi

Filem ini mengingatkan cerita sebelum ini Judge Dredd  pada tahun 1995 yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone, Rob Schneider dan Diane Lane. Dalam filem ini yang paling penonton ingat mungkin pada motosikal yang digunakan. Kali ini deruman kenderaan  2 roda ini memang memuaskan, rasa teruja bila pecutan motosikal Dredd meluru laju. Rasanya trademark Dredd ada pada motosikal dan pistolnya.



Karl Urban dalam filem
The Chronicles of Riddick

Karl Urban dan Olivia Thirlby melakonkan watak utama Judge Dredd dan Judge Anderson. Adegan aksi bermula sebaik sahaja 3 ke 5 minit filem ditayangkan. Adegan "car chase" dengan tembak menembak antara penjenayah dan Judge Dredd. Anda pasti terpaku menonton aksi mereka mungkin ada yang terlupa nak makan "pop corn"...:-)


"shooting scene" dengan gerak "slow-mo" menampakkan kesan tembakkan yang terperinci sekali pada mangsa.  Peluru dimuntahkan dan kena pada penjenayah sehingga kulit dan isi terburai, darah terpercik merata-rata, bunyi letupan dan ledakan senjata sungguh mengasyikkan penonton.  Agak ganas juga sebab tembak menembak berlaku dalam jarak dekat. Walaubagaimanapun filem diklasifikasikan sebagai 18 tahun keatas oleh LPF.



Olivia Thirlby as Judge Anderson
Banyak adegan yang tak dapat anda jangka apa yang akan berlaku selepas adegan itu. Memang suspen habis. Yang pasti tak kedengaran seorang penonton pun yang bersuara atau berbual ketika filem ini ditayangkan.

Oh ya..rupa paras Judge Dredd dari mula hingga tamat filem tak ditunjukkan langsung. Beliau sentiasa dengan helmet.


No comments:

Post a Comment