Tuesday, October 8, 2013

Apa itu Lightbox untuk foto blogger

Hi  kali ni saya nak kongsi cara menggunakan fungsi lightbox dalam blogger. Fungsi lightbox akan memberi pelawat blog anda kemudahan untuk melihat hanya imej pada blog post anda tanpa teks ayat dalam post anda seperti gambar dibawah. Gambar 1 adalah imej pada blog post anda tetapi bila pelawat klik pada mana-mana imej pada blog post, kesemua imej akan dipaparkan serentak dengan gambar kecil di bawah skrin komputer anda seperti dlm gambar 2. Bermakna pelawat boleh pilih imej yang mana hendak dilihat dan latarbelakang blog menjadi gelap.


Gambar 1

Gambar 2




Mula-mula log in ke akaun blogger anda dan terus klik menu SETTING seperti gambar dibawah


kemudian klik pada "post and comments"


pada "Showcase images with Lightbox"  klik YES


Akhir sekali klik save.

Selamat mencuba!

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru




Dahulunya dikenali dengan SRK BUKIT GELUGOR. Di sini saya mula bersekolah sejak darjah satu. Hari guru yang pertama tak dapat saya lupakan. Setiap murid kena bawa satu juadah sebagai buah tangan untuk jamuan pada Hari Guru. Saya minta mak buat bengkang (bingka) hijau untuk dibawa ke sekolah. Hari Guru juga maksudnya tiada matapelajaran yang akan diajar dan.... tak payah pakai baju seragam sekolah..

Saturday, May 11, 2013

Star Trek - Into Darkness

Duration : 2 jam 15 min
Genre : Aksi/ Sains Fiksyen

Dah lama tak tengok filem ataupun cerita Star Trek ni. Tetapi saya berpeluang pergi ke pratonton (sneak preview) filem Star Trek ini. Harga tiket tempat duduk berpasangan adalah RM18.00 di GSC  dengan format tayangan 2D. Tidak ramai penonton pun yang hadir. Lega lah sikit sebab lapang dalam pawagam tu.

Cerita ini berkisar watak Kapten Kirk dan juga Spock. Watak yang paling dikenali dalam Star Trek. Bagaimana seorang Kapten dan juga  pemimpin yang pentingkan nyawa kru dan anggota bawahannya dalam melaksanakan misi. Setiap keputusan Kapten dibuat berdasarkan penilaian semasa keadaan dan dipengaruhi situasi yang sedang berlaku. Filem ini bagi saya lebih menunjukkan sifat kepimpinan yang jitu dalam menyelesaikan sebarang konflik. Tidak kurang dengan sifat setiakawan yang tiinggi.

Aksi filem bermula apabila seorang daripada staff Starfleet sendiri yang cuba memusnahkan Starfleet dari dalam organisasi itu diburu oleh Kapten Kirk sehingga hampir menimbulkan peperangan dengan puak Klingon. Banyak kejadian dan peristiwa berlaku untuk menangkap Khan (penjahat yang diburu). Khan ini sangat bijak tetapi kejam. Khan sebenarnya ingin membalas dendam terhadap Starfleet.
 Kisah pemburuan ini berlaku sebelum semuanya bermula iaitu sebelum USS Enterprise ditugaskan untuk misi penerokaan yang biasa anda semua tonton atau baca..sebelum Kapten Jim Kirk dan 1st Commanding Officer Spock menjadi watak yang dikenali semua. Macam episod satu Star Trek lah agak nya.


Dalam filem ini  anda akan dapat merasai aksi peperangan yang agak lebih kurang dengan filem Battleship. Dimana dua buah kapal perang angkasa menembak secara taktikal ke arah musuh. Dari sini anda akan merasai juga betapa luasnya dan besarnya kapal USS Enterprise itu. Saya sendiri dapat rasai kehebatan USS Enterprise dalam pertempuran dan juga kru kapal yang penuh dedikasi terhadap kerja mereka.

Jom tonton anda pasti suka.

Tuesday, April 30, 2013

Mitsubishi Evolution


This is the car I love to get my hands on. Me and my brother like the character and the success of this during its winning stream in WRC.

Friday, February 22, 2013

I Bought A Used Glider - Gin Zulu Explorer

 I've just bought myself a Zulu Explorer Glider with the same color as the picture from a friend
yesterday 21/2/2013. Later on that day I did kiting at nearby field as the wind was gusty that afternoon. I guess I will be actived again in this sport. Just can't resist the need for flying. Well .. what do you know .. I just have to revise and start learning basic paragliding as I did several years before.
Oh yes..! before I forget.. there are several gears I need to have such as crash helmet, glove and one last impotant thing that is a "harness" for my glider. Ha.. ha.. ha...! Funny that I dont have harness yet but not to worry because very soon one of the Sabahan pilot are going to sell his harness for a reasonable price..

Friday, February 8, 2013

Cuti Cuti

Lega! Lega!

Dah seminggu penat kerja balik lewat.. akhirnya dapat jugak cuti.. 4 hari pulak tu.  

Misi tahun ini nak main paraglider dan miliki glider sendiri.. second hand pun takpe.. 

Cuti ni akan digunakan  untuk terbangkan glider di IPOH...so esok bangun awal bertolak ke  IPOH may be jam 7 pagi.

Thursday, January 24, 2013

The Last Stand


Filem : The Last Stand
Durasi : 1jam 45 min
Genre : Aksi

Dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger sbg Syerif  Owens yang telah lama menjauhkan diri dari dunia kepolisan beliau ketika di Los Angeles dahulu. Beliau cuba mencari tempat yang kurang kegiatan jenayah seperti di kampungnya.. Sommerton. Dalam pada masa yang sama seorang banduan "ketua pengedar dadah terbesar" Gabriel Cortez telah melepaskan diri dari konvoi FBI dengan bantuan Agen FBI yang dirasuah melalui pekan Sommerton untuk menyeberangi sempadan ke Mexico. 

Dalam usaha penjenayah membina jambatan merentasi jurang pada sempadan Amerika dan Mexico satu kejadian pertembungan dengan konco-konco penjenayah telah mengorbankan salah seorang Timbalan Syerif..iaitu Jerry. 
Oleh itu Syerif Owen mengambil langkah untuk berdepan dengan segerombolan penjenayah tersebut dan cuba selamatkan timbalan-timbalan beliau. 
Setelah mendapat maklumat dari FBI bahawa Gabriel Cortez akan melalui pekan kecil mereka, Syerif Owens melengkapkan pasukannya dengan senjata "gatling gun" dan beberapa senjata yang lebih berkuasa. Akhirnya penjenayah itu berjaya diberkas dengan usaha yang luar biasa oleh Syerif dan timbalan-timbalan beliau.

Filem ini penuh aksi tembak - menembak dan aksi "car chase" yang tidak urang hebatnya. Saksikan di pawagam sekarang.


Hari ini tonton wayang di GSC Sunway Carnival Seberang Jaya... Hall 3. tempat duduk kedua"B08 & B07 memang terbaik. "couple seat jauh kebelakang.Jadi tiada gangguan dari belakang.

Wednesday, January 23, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung


Ekspedisi ke Gua Tempurung pada 19/1/2013


Pengalaman yang terbaik setakat ini. Penerokaan gua bermula pada jam 11.00 pagi dan keluar pada jam 3.45ptg. Memang penat tapi amat-amat berbaloi. Perjalanan hampir sejauh 3.8 km di dalam gua meredah air sungai dalam gua sambil merangkak, menggelongsor tebing yang licin, meniti laluan sempit serta memanjat dan turun dari laluan yang amat curam. Kasut weinbrenner yang telah menjadi teman pengembaraan beberapa tahun ini hampir tercabut tapak kasut tu. Mungkin sebab terendam didalam air lama sangat.

Saya anggarkan 70% meredah air manakala baki 30% melalui laluan kering.

Bergambar ketika sampai di kawasan Gua Tempurung
Bersama-sama ahli Core Adventure perjalanan bermula dari Seberang Jaya pada pukul 7.00 am. Ada yang datang sejauh Alor Setar dan Ipoh. Tiba di kawasan Gua Tempurung lebih kurang jam 9.30 pg. 

Difahamkan pintu masuk gua dihadkan pendaftaran akhir sebelum 10.30pagi. Selepas itu tak dibenarkan lagi mana-mana kumpulan masuk meneroka gua bertujuan menjaga keselamatan semua orang kerana  waktu penerokaan di dalam gua hampir 4 jam bergantung kepada kecergasan peserta.

Walaubagaimanapun anda harus mencuba aktiviti yang lasak dan basah ini. 


Saturday, January 12, 2013

Jack Reacher






Filem : Jack Reacher

Genre : Aksi

Durasi :2 Jam 10 Minit

Sebagai salah seorang pemina Tom Cruise anda pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton filem dari produks Tom Cruise sendiri. Beliau masih lagi memegang watak utama (Jack Reacher) dalam filem ini sebagai seorang veteran perang yang menghilang diri dari dunia moden. Kehidupan beliau boleh dikatakan macam "back to basic" . Macamana ya? Ok.. Jack tidak ada telefon bimbit, tiada kad kredit, tiada sebarang rekod samada rekod jenayah, kewangan serta alamat empat tinggal.


Filem ini harus ditonton dari mula supaya penonton dapat memahami kejadian awal penembak tepat (sniper) ada cerita yang lebih tersirat. Anda tidak akan menyangka babak pertama merupakan "clue" kepada Jack. Memang best cerita ni. Kalau anda suka "Mission Impossible" anda pasti suka filem ini.

Kemudian adegan "car chase" yang pasti semua penonton ingin lihat.Kejar mengejar antara Jack dengan penjahat dan polis. Sambil dikejar oleh polis yang jahat dalam masa yang sama Jack mengejar pula dalang penembak tepat yang telah membunuh beberapa orang awam. Pembunuhan itu sebenarnya cuba mengabui pihak berkuasa atau Pendakwa raya dari mengetahui pembunuhan sebenar dan konspirasi pihak tertentu.

Yang paling saya suka adalah babak lawan Jack dengan penjahat. Teknik lawan menunjukkan Jack seorang berpengalaman. Akhir filem barulah saya faham bahawa Jack seorang sniper juga dan berkhidmat dalam Polis Tentera.

Bagi peminat Tom Cruise pastikan anda menonton filem ini. Lain sikit dari filem aksi beliau sebelum ini. Pembantu pelakon adalah Rosemund Pike sebagai peguam kepada pesalah yang teraniaya.