Ahad 21/10/2012 lepas saya dan beberapa orang rakan sekerja telah dijemput untuk jalani latihan menembak di Padang Sasar Polis. Teruja dengan jemputan itu kerana ini adalah kali pertama saya berbuat demikian. Setelah berjanji sesama kami untuk berjumpa di sebuah restoran nasi kandar pada pagi hari tersebut, kami menuju ke Padang Sasar untuk taklimat ringkas dan tunjuk ajar pihak penganjur.
Hanya mengenakan T-shirt , berseluar camel dan kasut weinbrenner saya berjaya menembak sasaran dengan 5 butir peluru sebagai permulaan. 3 dalam kawasan hitam, 1 hampir, 1 kawasan putih. Amat membanggakan sebab inilah pertama kali menembak dengan peluru hidup.
Pistol yang digunakan adalah model Glock C17 buatan Austria warna hitam dengan butir peluru 9mm short atau 9mm shortshell. Tidak terlalu berat dan mudah digunakan. Safety pin terletak pada trigger pistol itu sendiri tidak seperti lain-lain pistol. Bidikan juga senang dilakukan dengan titik tenangan selari muncung pistol. Pergerakkan pergelangan tangan boleh mempengaruhi titik sasaran tersasar dari papan target. Misalnya 1mm
muncung pistol tersasar mungkin menyebabkan 1 atau 2 kaki yang tersasar dari target kita. Kunci tembakkan yang baik juga terletak pada pernafasan penembak. Kawalan pernafasan yang betul dapat mengelak pergerakkan tangan yang tidak stabil. Teknik menarik picu juga perlu diperbetulkan jika ingin mencapai hasil yang cemerlang.
Bergambar dengan hasil tembakkan |
No comments:
Post a Comment