Thursday, January 24, 2013

The Last Stand


Filem : The Last Stand
Durasi : 1jam 45 min
Genre : Aksi

Dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger sbg Syerif  Owens yang telah lama menjauhkan diri dari dunia kepolisan beliau ketika di Los Angeles dahulu. Beliau cuba mencari tempat yang kurang kegiatan jenayah seperti di kampungnya.. Sommerton. Dalam pada masa yang sama seorang banduan "ketua pengedar dadah terbesar" Gabriel Cortez telah melepaskan diri dari konvoi FBI dengan bantuan Agen FBI yang dirasuah melalui pekan Sommerton untuk menyeberangi sempadan ke Mexico. 

Dalam usaha penjenayah membina jambatan merentasi jurang pada sempadan Amerika dan Mexico satu kejadian pertembungan dengan konco-konco penjenayah telah mengorbankan salah seorang Timbalan Syerif..iaitu Jerry. 
Oleh itu Syerif Owen mengambil langkah untuk berdepan dengan segerombolan penjenayah tersebut dan cuba selamatkan timbalan-timbalan beliau. 
Setelah mendapat maklumat dari FBI bahawa Gabriel Cortez akan melalui pekan kecil mereka, Syerif Owens melengkapkan pasukannya dengan senjata "gatling gun" dan beberapa senjata yang lebih berkuasa. Akhirnya penjenayah itu berjaya diberkas dengan usaha yang luar biasa oleh Syerif dan timbalan-timbalan beliau.

Filem ini penuh aksi tembak - menembak dan aksi "car chase" yang tidak urang hebatnya. Saksikan di pawagam sekarang.


Hari ini tonton wayang di GSC Sunway Carnival Seberang Jaya... Hall 3. tempat duduk kedua"B08 & B07 memang terbaik. "couple seat jauh kebelakang.Jadi tiada gangguan dari belakang.

Wednesday, January 23, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung


Ekspedisi ke Gua Tempurung pada 19/1/2013


Pengalaman yang terbaik setakat ini. Penerokaan gua bermula pada jam 11.00 pagi dan keluar pada jam 3.45ptg. Memang penat tapi amat-amat berbaloi. Perjalanan hampir sejauh 3.8 km di dalam gua meredah air sungai dalam gua sambil merangkak, menggelongsor tebing yang licin, meniti laluan sempit serta memanjat dan turun dari laluan yang amat curam. Kasut weinbrenner yang telah menjadi teman pengembaraan beberapa tahun ini hampir tercabut tapak kasut tu. Mungkin sebab terendam didalam air lama sangat.

Saya anggarkan 70% meredah air manakala baki 30% melalui laluan kering.

Bergambar ketika sampai di kawasan Gua Tempurung
Bersama-sama ahli Core Adventure perjalanan bermula dari Seberang Jaya pada pukul 7.00 am. Ada yang datang sejauh Alor Setar dan Ipoh. Tiba di kawasan Gua Tempurung lebih kurang jam 9.30 pg. 

Difahamkan pintu masuk gua dihadkan pendaftaran akhir sebelum 10.30pagi. Selepas itu tak dibenarkan lagi mana-mana kumpulan masuk meneroka gua bertujuan menjaga keselamatan semua orang kerana  waktu penerokaan di dalam gua hampir 4 jam bergantung kepada kecergasan peserta.

Walaubagaimanapun anda harus mencuba aktiviti yang lasak dan basah ini. 


Saturday, January 12, 2013

Jack Reacher






Filem : Jack Reacher

Genre : Aksi

Durasi :2 Jam 10 Minit

Sebagai salah seorang pemina Tom Cruise anda pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton filem dari produks Tom Cruise sendiri. Beliau masih lagi memegang watak utama (Jack Reacher) dalam filem ini sebagai seorang veteran perang yang menghilang diri dari dunia moden. Kehidupan beliau boleh dikatakan macam "back to basic" . Macamana ya? Ok.. Jack tidak ada telefon bimbit, tiada kad kredit, tiada sebarang rekod samada rekod jenayah, kewangan serta alamat empat tinggal.


Filem ini harus ditonton dari mula supaya penonton dapat memahami kejadian awal penembak tepat (sniper) ada cerita yang lebih tersirat. Anda tidak akan menyangka babak pertama merupakan "clue" kepada Jack. Memang best cerita ni. Kalau anda suka "Mission Impossible" anda pasti suka filem ini.

Kemudian adegan "car chase" yang pasti semua penonton ingin lihat.Kejar mengejar antara Jack dengan penjahat dan polis. Sambil dikejar oleh polis yang jahat dalam masa yang sama Jack mengejar pula dalang penembak tepat yang telah membunuh beberapa orang awam. Pembunuhan itu sebenarnya cuba mengabui pihak berkuasa atau Pendakwa raya dari mengetahui pembunuhan sebenar dan konspirasi pihak tertentu.

Yang paling saya suka adalah babak lawan Jack dengan penjahat. Teknik lawan menunjukkan Jack seorang berpengalaman. Akhir filem barulah saya faham bahawa Jack seorang sniper juga dan berkhidmat dalam Polis Tentera.

Bagi peminat Tom Cruise pastikan anda menonton filem ini. Lain sikit dari filem aksi beliau sebelum ini. Pembantu pelakon adalah Rosemund Pike sebagai peguam kepada pesalah yang teraniaya.