Saturday, November 24, 2012

Breaking Dawn Part 2


Filem : The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2
Genre : Seram/ Aksi/ Romantik
Durasi : 1 Jam 55 minit

Hari ini tempat hampir penuh, tiket yang dibeli tadi hanya dapat tempat duduk di tengah. Tidak mengapa kerana cerita ini lebih menjurus kepada cerita kekeluargaan yang bersatu menghadapi ancaman dari tentangan musuh dari kalangan puntianak (vampire) itu sendiri. Pada permulaan filem pengarah meringkaskan kisah percintaan romantik antara Bella lakonan Kristen Stewart dan Edward Cullen lakonan Robert Pattinson yang memaparkan sedikit aksi romance dan intim. 

Hasil perkahwinan mereka telah lahir anak yang setengah manusia dan vampire iaitu Renesmee. Bella baru saja meneroka kuasa hebat beliau  sebagai vampire. Irina pula telah tersilap lapor kepada Vultori bahawa anak itu "immortal" kerana sejarah telah membuktikan anak "immortal" mengancam vampire yang lain. Vultori telah berpakat dengan adik beradiknya untuk menghapus semua keluarga Edward Cullen. 


Pada masa yang sama Edward dan Bella telah menjelajah ke serata pelusuk dunia mencari sahabat dan rakan karib untuk dijadikan sebagai saksi yang anak itu tidak memberi sebarang ancaman kepada semua vampire dan anak itu lahir atas hubungan intim dua insan dan bukan digigit oleh vampire yang menyebabkan manusia manjadi vampire.

Filem ini agak menarik juga jalan ceritanya tapi sedikit bosan kerana banyak adegan bercakap berbanding aksi. Maklumlah saya peminat filem aksi. 

Bagi anda penonton yang membawa bersama kanak - kanak dinasihatkan supaya hati-hati kerana ada adegan dan babak yang tidak sesuai ditonton pada awal tayangan filem walaupun filem ini dikategorikan P13.

1 comment:

  1. salam excellent,

    Kunjungi Website kami http://www.outboundindonesia.com/

    Terima Kasih

    ReplyDelete