Kita harus memikir masa depan diri, lihat dimana kita selepas 5 atau 10 tahun akan datang. Perkara yang lepas dijadikan teladan dan gunakan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin. Samada gagal atau pun berjaya sekali pun perkara yang telah terjadi tidak lagi releven. Fikirkan cabaran yang sedang menanti atau yang sedang dilalui. Hari ini mestilah lebih baik dari hari sebelumnya. Walaupun kita hanya belajar sikit tapi itu juga adalah kemajuan untuk diri kita. Kurangkan berfikir perkara yang lepas.
Teringat pula kisah seorang lelaki ahli syurga. Seorang sahabat yang bermalam dirumah seorang sahabat yang dikatakan oleh Nabi Muhammad sebagai ahli syurga. Sahabat yang bermalam itu sengaja mengatakan bahawa dia bergaduh dengan keluarganya semata-mata ingin tahu apa yang istimewanya lelaki ini. Setelah dia mengaku pada lelaki itu lalu dia ingin berjumpa Nabi Muhammad untuk bertanya samada benar itu lah lelaki yang dimaksudkan. Menurut Nabi Muhammad lelaki itu lah ahli syurga yang dimaksudkan. Umum mengetahui bahawa percakapan Nabi Muhammad adalah wahyu dari Allah.
Lelaki itu berkata pada sahabat yang hairan dan ingintahu ini bahawa amalan yang dilakukan... biasa saja. Solat lima waktu, bangun waktu malam. Tetapi sifat lelaki ini yang suka memaafkan seseorang, tidak hasad dengki, tidak berdendam itu yang menjadi kunci beliau ke syurga. Bukan senang nak memaafkan seseorang. Kecuali kita sabar dan fikirkan masa depan kita... yakni dimana kita selepas mati. Cukupkah amalan kita!
No comments:
Post a Comment