Sunday, November 4, 2012

James Bond 007

SKYFALL


Filem : James Bond - Skyfall
Durasi : 140 min
Genre  : Aksi


Kali ini anda akan disajikan dengan aksi kejar kereta yang mendebarkan di Istanbul melalui pasar, atas bumbung bangunan, atas  bumbung keretapi dalam usaha mendapatkan semula cakera keras (hard disk) yang mengandungi maklumat identiti ejen Nato diseluruh dunia... sehinggalah James Bond(Daniel Craig)ditembak oleh rakan kerja Eve Monneypenny(Naomie Harris) serta diisytiharkan mati oleh M (Judi Dench). Kemudian itu anda dibawa kembali ke London Ibupejabat MI6 dan juga ke Macau.

Kali ini juga anda akan dapati Aston Martin DB5 iaitu kereta klasik James Bonds muncul semula. Ketika Aston Martin  ditonjolkan lagu tema filem Bond juga mengiringi kemunculan kereta tersebut... HEBAT!!

Kali ini M menjadi bahan cerita dimana sifat M yang cuba menyelamatkan ejen dipertikaikan oleh Bond sendiri. Malah M disalahkan kerana ramai ejen terbunuh dalam menjalankan tugas dan beliau diarahkan hadir untuk beri penjelasan dihadapan Menteri Britain yang berkaitan dengan urusan keselamatan negara. Dalam sesi penjelasan itu juga akan ada aksi tembak menembak. Ejen kerajaan dan polis membalas tembakan terhadap penjenayah... keadaan agak kelam kabut hinggalah James Bond tiba..
                        >>>Jom tonton wayang 007 Skyfall<<<


No comments:

Post a Comment