Duration : 2 jam 15 min
Genre : Aksi/ Sains Fiksyen
Dah lama tak tengok filem ataupun cerita Star Trek ni. Tetapi saya berpeluang pergi ke pratonton (sneak preview) filem Star Trek ini. Harga tiket tempat duduk berpasangan adalah RM18.00 di GSC dengan format tayangan 2D. Tidak ramai penonton pun yang hadir. Lega lah sikit sebab lapang dalam pawagam tu.
Cerita ini berkisar watak Kapten Kirk dan juga Spock. Watak yang paling dikenali dalam Star Trek. Bagaimana seorang Kapten dan juga pemimpin yang pentingkan nyawa kru dan anggota bawahannya dalam melaksanakan misi. Setiap keputusan Kapten dibuat berdasarkan penilaian semasa keadaan dan dipengaruhi situasi yang sedang berlaku. Filem ini bagi saya lebih menunjukkan sifat kepimpinan yang jitu dalam menyelesaikan sebarang konflik. Tidak kurang dengan sifat setiakawan yang tiinggi.
Aksi filem bermula apabila seorang daripada staff Starfleet sendiri yang cuba memusnahkan Starfleet dari dalam organisasi itu diburu oleh Kapten Kirk sehingga hampir menimbulkan peperangan dengan puak Klingon. Banyak kejadian dan peristiwa berlaku untuk menangkap Khan (penjahat yang diburu). Khan ini sangat bijak tetapi kejam. Khan sebenarnya ingin membalas dendam terhadap Starfleet.
Kisah pemburuan ini berlaku sebelum semuanya bermula iaitu sebelum USS Enterprise ditugaskan untuk misi penerokaan yang biasa anda semua tonton atau baca..sebelum Kapten Jim Kirk dan 1st Commanding Officer Spock menjadi watak yang dikenali semua. Macam episod satu Star Trek lah agak nya.
Dalam filem ini anda akan dapat merasai aksi peperangan yang agak lebih kurang dengan filem Battleship. Dimana dua buah kapal perang angkasa menembak secara taktikal ke arah musuh. Dari sini anda akan merasai juga betapa luasnya dan besarnya kapal USS Enterprise itu. Saya sendiri dapat rasai kehebatan USS Enterprise dalam pertempuran dan juga kru kapal yang penuh dedikasi terhadap kerja mereka.
Jom tonton anda pasti suka.

No comments:
Post a Comment