Wednesday, January 23, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung


Ekspedisi ke Gua Tempurung pada 19/1/2013


Pengalaman yang terbaik setakat ini. Penerokaan gua bermula pada jam 11.00 pagi dan keluar pada jam 3.45ptg. Memang penat tapi amat-amat berbaloi. Perjalanan hampir sejauh 3.8 km di dalam gua meredah air sungai dalam gua sambil merangkak, menggelongsor tebing yang licin, meniti laluan sempit serta memanjat dan turun dari laluan yang amat curam. Kasut weinbrenner yang telah menjadi teman pengembaraan beberapa tahun ini hampir tercabut tapak kasut tu. Mungkin sebab terendam didalam air lama sangat.

Saya anggarkan 70% meredah air manakala baki 30% melalui laluan kering.

Bergambar ketika sampai di kawasan Gua Tempurung
Bersama-sama ahli Core Adventure perjalanan bermula dari Seberang Jaya pada pukul 7.00 am. Ada yang datang sejauh Alor Setar dan Ipoh. Tiba di kawasan Gua Tempurung lebih kurang jam 9.30 pg. 

Difahamkan pintu masuk gua dihadkan pendaftaran akhir sebelum 10.30pagi. Selepas itu tak dibenarkan lagi mana-mana kumpulan masuk meneroka gua bertujuan menjaga keselamatan semua orang kerana  waktu penerokaan di dalam gua hampir 4 jam bergantung kepada kecergasan peserta.

Walaubagaimanapun anda harus mencuba aktiviti yang lasak dan basah ini. 


No comments:

Post a Comment