Sunday, October 28, 2012

Tai Chi Hero


Tai Chi Hero


Filem : Tai ChiHero
Genre : Aksi/ Mandarin
Durasi : 1 Jam 40 min

Filem ini mengisahkan trilogy seorang budak yang belajar tai chi dalam filem sebelum ini. Walaubagaimanapun cerita ini berkisar sekitar Dinasti  Qing. Pada era ini pendudukan orang barat di China bertembung dengan budaya tradisional orang2 Cina yang mengamalkan kung fu. Terdapat seorang kulit putih yang cuba mengaut keuntungan dalam projek landasan keretapi.Dimana landasan ini akan melalui sebuah kampung tradisional yang terdiri dari penduduk asal sejak beberapa ratus tahun dahulu. 

Jika anda pernah tonton Wild Wild West yang menonjolkan ciptaan moden dalam bentuk gajet dan robot kuasa wap(stim) anda pasti dapati kesamaan sedikit sebanyak dalam filem ini. 

Musik latar dalam filem ini  lebih moden tidak seperti filem-filem aksi lawan kungfu yang lain. Tiada kedengaran alat musik tradisional cina. 

Gaya aksi lawan memang berbeza sekali .. ala tai chi... kadang-kadang terdapat scene yang lucu. Bagus tak stress bila tonton filem ini.

Dalam filem ini juga anda akan tahu asal usul perkataan TAI CHI. Hmmm... cuma sekadar cerita dan mungkin bukan berdasarkan sejarah sebenar.

Teladan yang saya dapati adalah hubungan kekeluargaan memain peranan penting dalam melakukan sesuatu dan saling menghormati sesama yang lain.
Dalam apa jua keadaan kita harus ada pendirian walaupun bertentangan dengan pendapat orang lain asalkan pendirian kita itu memberi manfaat pada orang lain dan diri sendiri.

Jom tonton... ia lucu dan menarik.



Saturday, October 27, 2012

Kuning Telur Punca Sakit Jantung



Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri.

Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa dietkaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.
Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu.

Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.


Tetapi peningkatan secara eksponen juga terjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. 

Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.
Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi.

Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.


sumber: http://www.informasikini.com

Friday, October 26, 2012

Together

Just to think that one can do amazing stuff if we all come together.
Put a side all negative thoughts and focus on one thing.
Success come only when the goal is achieve. I like the idea doing things together. This is call "ukhuwah" but not many people understand this even though they have been thought by their parents since childhood. Some people think they are better because they belong to certain group or community. in fact people different from them are consider as less important or rather not good(bad). I believe if one can make the "different one" come together and join the group would be the right kind of attitude. Size does not matter e.g. the smallest act may become a huge result.  Click on the video you will know what I mean.





Tuesday, October 23, 2012

Latihan Menembak

Ahad 21/10/2012 lepas saya dan beberapa orang rakan sekerja telah dijemput untuk jalani latihan menembak di Padang Sasar Polis. Teruja dengan jemputan itu kerana ini adalah kali pertama saya berbuat demikian. Setelah berjanji sesama kami untuk berjumpa di sebuah restoran nasi kandar pada pagi hari tersebut, kami menuju ke Padang Sasar untuk taklimat ringkas dan tunjuk ajar pihak penganjur. 

Hanya mengenakan T-shirt , berseluar camel dan kasut weinbrenner saya berjaya menembak sasaran dengan  5 butir peluru sebagai permulaan. 3 dalam kawasan hitam, 1 hampir, 1 kawasan putih. Amat membanggakan sebab inilah pertama kali menembak dengan peluru hidup.






Pistol yang digunakan adalah model Glock C17 buatan Austria warna hitam dengan butir peluru 9mm short atau 9mm shortshell. Tidak terlalu berat dan mudah digunakan. Safety pin terletak pada trigger pistol itu sendiri tidak seperti lain-lain pistol. Bidikan juga senang dilakukan dengan titik tenangan selari muncung pistol. Pergerakkan pergelangan tangan boleh mempengaruhi titik sasaran tersasar dari papan target. Misalnya 1mm 
muncung pistol tersasar mungkin menyebabkan 1 atau 2 kaki yang tersasar dari target kita. Kunci tembakkan yang baik  juga terletak pada pernafasan penembak. Kawalan pernafasan yang betul dapat mengelak pergerakkan tangan yang tidak stabil. Teknik menarik picu juga perlu diperbetulkan jika ingin mencapai hasil yang cemerlang.


Bergambar dengan hasil tembakkan
Timbul pula perasaan ingin menceburi bidang ini dengan lebih serius tetapi biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

Friday, October 12, 2012

Mr Bean Main Drum

Rowan Atkinson is better known as Mr Bean plays an invisible drum. You all should watch this. I've seen it many times but still like it.


Well... he plays very good too. The timing is so great.. its look and sound real enough to me. Rowan Atkinson is funny but very smart actually.I like the way he did the comedy with less talk more action. When he get a hang of it the drum beats get better and better. Great Job Mr Bean.!!

Wednesday, October 10, 2012


 Iklan Milo ni mengimbau zaman sekolah dulu. Bila ada latihan sukan atau Hari Sukan... Milo menjadi pilihan utama.

Hotel Transylvania

Filem   : Hotel Transylvania (Animasi)
Durasi : 1jam 30 min
Genre  : Animasi / Aksi


Sekali lagi teknik 3D yang dipaparkan menarik sekali dengan kesan in-depth yang membezakan "background" scene-scene tertentu. Anda pasti kenal dengan watak-watak yang ditampilkan tetapi diubahsuai sedikit supaya sesuai dengan jalan cerita animasi ini.Filem ini amat sesuai untuk kanak-kanak menonton bersama-sama keluarga kerana banyak teladan dalam filem ini berkait rapat dengan kehidupan harian anda. Boleh dijadikan sebagai tunjuk ajar kepada anak-anak.
Dalam filem ini manusia adalah monster dan Monster adalah manusia. Macamana ye??? 

Ia berkisar mengenai seorang ayah (Drac)yang "over protected" anak gadis kesayangannya Mavis. Kasih sayang yang tiada batas dan sanggup melakukan apa saja demi menjaga dan melindungi anak, Drac telah membina sebuah agam bertujuan memisahkan Mavis dengan dunia luar iaitu dunia manusia. Drac beranggapan manusia telah menyebabkan ibu Mavis terbunuh. Drac juga berjaya mempengaruhi semua watak monster bahawa manusia adalah spesis yang akan memburu dan menghapuskan mereka.

Tetapi dengan kehadiran Johnny semuanya telah berubah.Hubungan monster dengan manusia menjadi lebih baik dan agak menarik.             Banyak adegan lucu yang memang lawak habis...anda pasti ketawa terbahak-bahak... juga jalan cerita yang menyentuh perasaan dan hati penonton apabila.... anda kena tonton la.!!

Suara karektor seperti Adam sandler dan Selena Gomez sesuai dengan watak masing-masing. 

Jangan Lupa Tonton Hotel Transylvania ini. Bley.bley.bley.bley...;-))