Filem : DREDD Durasi: 1 jam 37 minit Genre : Sains Fiksyen / Aksi
Filem ini mengingatkan cerita sebelum ini Judge Dredd pada tahun 1995 yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone, Rob Schneider dan Diane Lane. Dalam filem ini yang paling penonton ingat mungkin pada motosikal yang digunakan. Kali ini deruman kenderaan 2 roda ini memang memuaskan, rasa teruja bila pecutan motosikal Dredd meluru laju. Rasanya trademark Dredd ada pada motosikal dan pistolnya.
Karl Urban dalam filem The Chronicles of Riddick
Karl Urban dan Olivia Thirlby melakonkan watak utama Judge Dredd dan Judge Anderson. Adegan aksi bermula sebaik sahaja 3 ke 5 minit filem ditayangkan. Adegan "car chase" dengan tembak menembak antara penjenayah dan Judge Dredd. Anda pasti terpaku menonton aksi mereka mungkin ada yang terlupa nak makan "pop corn"...:-)
"shooting scene" dengan gerak "slow-mo" menampakkan kesan tembakkan yang terperinci sekali pada mangsa. Peluru dimuntahkan dan kena pada penjenayah sehingga kulit dan isi terburai, darah terpercik merata-rata, bunyi letupan dan ledakan senjata sungguh mengasyikkan penonton. Agak ganas juga sebab tembak menembak berlaku dalam jarak dekat. Walaubagaimanapun filem diklasifikasikan sebagai 18 tahun keatas oleh LPF.
Olivia Thirlby as Judge Anderson
Banyak adegan yang tak dapat anda jangka apa yang akan berlaku selepas adegan itu. Memang suspen habis. Yang pasti tak kedengaran seorang penonton pun yang bersuara atau berbual ketika filem ini ditayangkan. Oh ya..rupa paras Judge Dredd dari mula hingga tamat filem tak ditunjukkan langsung. Beliau sentiasa dengan helmet.
Bagi peminat-peminat Resident Evil pasti tak sabar-sabar menunggu filem in ditayangkan. Pengalaman menonton dalam 3D filem Resident Evil yang pertama membuatkan anda ingin menonton filem seterus dalam 3D juga. Filem ini adalah sambungan dari Resident Evil sebelumnya. Anda pasti terkejut pada babak 10 minit yang pertama. Kesan 3D sangat memuaskan. Jalan cerita agak menarik juga tapi penonton perlu fokus untuk ketahui jalan cerita yang sebenar. Adegan aksi memang memukaukan penonton apatah lagi dalam 3D. Jom tonton wayang.!
Saturday, September 22, 2012
Kamera Paling Mahal Di Dunia
Leica 35mm jenis O series dikeluarkan pada tahun 1923 sebagai testing kamera berfilem. Hanya 25 buah yang dikeluarkan dan 12 yang masih boleh didapati hingga hari ini. Lelongan ini dibuat di WestLicht Photographica di Vienna
Kamera paling mahal didunia dengan harga mencecah EUR2.16 million. Lihat saja lelongan yang dibuat pada video di atas sumber dari Gizmodo
Kita harus memikir masa depan diri, lihat dimana kita selepas 5 atau 10 tahun akan datang. Perkara yang lepas dijadikan teladan dan gunakan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin. Samada gagal atau pun berjaya sekali pun perkara yang telah terjadi tidak lagi releven. Fikirkan cabaran yang sedang menanti atau yang sedang dilalui. Hari ini mestilah lebih baik dari hari sebelumnya. Walaupun kita hanya belajar sikit tapi itu juga adalah kemajuan untuk diri kita. Kurangkan berfikir perkara yang lepas.
Teringat pula kisah seorang lelaki ahli syurga. Seorang sahabat yang bermalam dirumah seorang sahabat yang dikatakan oleh Nabi Muhammad sebagai ahli syurga. Sahabat yang bermalam itu sengaja mengatakan bahawa dia bergaduh dengan keluarganya semata-mata ingin tahu apa yang istimewanya lelaki ini. Setelah dia mengaku pada lelaki itu lalu dia ingin berjumpa Nabi Muhammad untuk bertanya samada benar itu lah lelaki yang dimaksudkan. Menurut Nabi Muhammad lelaki itu lah ahli syurga yang dimaksudkan. Umum mengetahui bahawa percakapan Nabi Muhammad adalah wahyu dari Allah.
Lelaki itu berkata pada sahabat yang hairan dan ingintahu ini bahawa amalan yang dilakukan... biasa saja. Solat lima waktu, bangun waktu malam. Tetapi sifat lelaki ini yang suka memaafkan seseorang, tidak hasad dengki, tidak berdendam itu yang menjadi kunci beliau ke syurga. Bukan senang nak memaafkan seseorang. Kecuali kita sabar dan fikirkan masa depan kita... yakni dimana kita selepas mati. Cukupkah amalan kita!
Saturday, September 15, 2012
Tak payah guna tangga dah lepas ni. tapi tak boleh pakai kain jer la.
Teringat waktu kanak-kanak dulu main gelongsor di taman permainan.
Adakah anda telah merancang untuk menjual produk - produk hebat anda di internet tetapi terhalang akibat mempunyai pelbagai kesukaran dan persoalan.
Kini, usah lagi anda berasa risau... hal ini adalah kerana pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang penyelesaian pantas terhadap masalah yang sedang anda hadapi ini...
Jika kita perhatikan pada 'trend' hari ini, ramai pihak telah mengakui bahawa internet adalah merupakan salah satu bentuk medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Rata - rata daripada mereka ini adalah terdiri daripada golongan - golangan peniaga kecil - kecilan sehinggalah kepada perniagaan yang bertahap korporat.
Dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal bermula daripada institusi perbankan, perhubungan, pekerjaan dan seterusnya jual beli.
Tahukah anda dengan nama Ebay? Tahukah anda Lelong.com.my? Pernahkah anda melihat laman web Mudah.my? Lihat sahaja berapa banyak produk yang dipasarkan pada web - web tersebut. JUTAAN Ringgit telah dibelanjakan menerusi laman web ini dan hal ini membuktikan bahawa aktiviti jual beli di internet telah menjadi semakin popular dikalangan pengguna - pengguna internet di Malaysia dan juga di seluruh dunia!